Categories

Tuesday 14 February 2012

Jom Belajar : Alif, Baa, Taa: ا, ب, ت...

القاعدة نورانية
Apa benda tuh? Kaedah apa benda la pulak nih? Haaaa, nih la salah satu subjek yang saya kena belajar dekat sekolah baru saya. Ianya adalah kaedah mempelajari sebutan, bacaan huruf dan tajwid secara praktikal. Menurut sumber  dari  القاعدة نورانية , kaedah ini mula tersebar dari India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Sri Langka, Nepal, Afrika Selatan dan negara-negara Muslim yang lain. Kaedah ini mula berkembang ke negara-negara Arab sejak tahun 1419.

Kitab القاعدة نورانية

Dalam banyak-banyak benda, saya sangat-sangatlah tidak menjangkakan bahawa, dengan memasuki kembali alam persekolahan di bumi Madinah ini, saya akan disuruh untuk belajar kembali Alif, Baa, Taa.....! Sedikit sebanyak, tidak dapat saya nafikan yang saya rasa malas! Walaupun pada hakikatnya, banyak jugak sebenarnya sebutan huruf saya yang tidak betul. Jadi, takkan saya mahu terus-menerus membaca ayat-ayat suci ALlah dengan sebutan yang salah? Tambahan pula, pembelajaran saya di sekolah tidak memerlukan satu sen pon dari poket suami. Ianya  PERCUMA!  Ya, PERCUMA!