Categories

Tuesday 20 March 2012

It's all about Food : Badak Ball bukan Tujuh Bijik Semuanya....


Waktu balik cuti raya harituh, sempat la belajar buat cucur badak dengan emak di rumah. Dah sebut beberapa kali kat Abang, nak cuba buat coq badak. Cuma tak ada masa dan kesempatan untuk cuba buat.

Disebabkan tak ada kelas semalam, jadi, Abang pon membeli ubi keledek putih yang dijual di hadapan masjid. Boleh tahan, sekotak dalam SAR10 (duit Malaysia mungkin dalam RM8). Mahal ke tak, tak tahulaaaa, selalu, emak kat rumah yang dok membeli.

Aku tak paham kenapa cucoq nak pakai nama aku?



Monday 19 March 2012

Jom Belajar: Ke Mana Hilangnya Sesungut???

SEMUT


Semut ialah sejenis serangga yang mempunyai sesungut. Terdapat 3 bahagian pada seekor semut - kepala, torraks dan abdomen. Bahagian kepala : mata dan sesungut. Menarik pula kalau dapat baca tentang SEMUT.

Semut berkomunikasi dengan semut yang lain dengan menggosokkan sesungutnya apabila bertembung dengan semut yang lain. SubhanALlah, sangat-sangat agung dan kompleks, jika diteliti ciptaanNya. 

Saturday 17 March 2012

It's all about Food : Ikan oh Ikan.....


Salah satu hobi saya adalah mengambil gambar. Tetapi, dalam masa yang sama, saya juga gemar memasak. Cumanya  memasak adalah mengikut mood atau hangin. Hehe. 
Hari itu, saya dan suami dengan 'cuba jayanya' telah membeli ikan بُلطي atau dalam nama oghang Melayunya, ikan talapia. Pasar orang Arab nih dipanggil Halagah (bahasa pasar / 'ammi) atau sebetulnya سُوق المدينة المركزيّ (bahasa rasmi).


Thursday 15 March 2012

Jom Belajar : Berkatalah yang baik.....

Nabi s.a.w. adalah sebaik-baik contoh dalam bertutur. Memang tidak dapat dinafikan, menjaga pertuturan adalah suatu perkara yang selalunya diambil remeh. Namun begitu, sikap menjaga lidah dan pertuturan adalah sesuatu yang dapat dipupuk.


ALlah s.w.t. berfirman:-

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia" Al-Isra' (53)


MAHU JADI PANDAI VS PERASAN PANDAI


Pada suatu hari di sekolah...