Apa benda tuh? Kaedah apa benda la pulak nih? Haaaa, nih la salah satu subjek yang saya kena belajar dekat sekolah baru saya. Ianya adalah kaedah mempelajari sebutan, bacaan huruf dan tajwid secara praktikal. Menurut sumber dari القاعدة نورانية , kaedah ini mula tersebar dari India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Sri Langka, Nepal, Afrika Selatan dan negara-negara Muslim yang lain. Kaedah ini mula berkembang ke negara-negara Arab sejak tahun 1419.
Kitab القاعدة نورانية |
Dalam banyak-banyak benda, saya sangat-sangatlah tidak menjangkakan bahawa, dengan memasuki kembali alam persekolahan di bumi Madinah ini, saya akan disuruh untuk belajar kembali Alif, Baa, Taa.....! Sedikit sebanyak, tidak dapat saya nafikan yang saya rasa malas! Walaupun pada hakikatnya, banyak jugak sebenarnya sebutan huruf saya yang tidak betul. Jadi, takkan saya mahu terus-menerus membaca ayat-ayat suci ALlah dengan sebutan yang salah? Tambahan pula, pembelajaran saya di sekolah tidak memerlukan satu sen pon dari poket suami. Ianya
PERCUMA! Ya, PERCUMA!
Kaedah ini bermula dengan pelajaran seperti dalam video di bawah:
Topik Pertama : Huruf Hija'iyyah dan Kalimah
Pelajaran dimulakan dengan Topik Pertama: Huruf Hija'yyah dan Kalimah. Pelajar-pelajar dikehendaki membaca حروف الهجاء والمفردة. Guru kemudiannya membetulkan sebutan bacaan pelajar-pelajar, seorang demi seorang. Bertambahlah rasa tidak senang saya di dalam kelas. Sudahlah rasa macam budak-budak sekolah rendah, disuruh pulak baca Huruf Hija'iyyah macam baca Muqaddam waktu kecil-kecil dulu.
Tetapi, alhamdulillah, kewarasan akal masih mengatasi segalanya, saya memujuk hati sendiri untuk menyucikan niat. Niat asalnya datang ke sekolah, memang untuk menuntut ilmu. Yosh! Jangan TIDUR!
"Tak apa, aku nih sebut huruf pon bukannya betul sangat pon. Macamana nak baca quran bagi betul kalau sebutan huruf pon salah."
Sebenarnya, saya sudah hampir-hampir mahu tidur saja di dalam kelas kerana kebosanan yang teramat. Tetapi, tidak semena-mena, kepala dan mata menjadi segar kembali apabila bukan hanya seorang, malah beberapa orang pelajar dari kelas saya, yang tidak mengenali huruf. Barulah dok terbayang scene dari filem Allahyarham P.Ramlee "Pendekar Bujang Lapuk". Mana taknya, pelajar tersebut, bila ditunjukkan huruf ح, dibacanya bunyi Jiiim, ditunjukkan huruf خ, dibacanya bunyi Haaa. Alhamdulillah, masing-masing tidak sedikit pon menampakkan rasa malu untuk terus memperbaiki bacaan mereka.
SubhanALlah, tidak pernah terlintas di dalam fikiran saya bahawa dalam usia begini, ada juga orang yang tak mengenali huruf. Tambahan pula, kebanyakan mereka adalah isteri kepada pelajar-pelajar di Universiti Islam Madinah. Tetapi, saya sangat-sangat memuji semangat mereka untuk terus belajar. Kita sepatutnya bersyukur kerana kita telah didedahkan dengan tulisan Jawi. Jadi, ianya bukanlah satu masalah yang besar kerana huruf-huruf Jawi tersebut telah membantu kita dalam mengenal huruf-huruf Al-Qur'an.
Melihat gelagat pelajar-pelajar tersebut menyebabkan saya sangat-sangat berterima kasih kerana dikurniakan olehNya, ibu bapa yang sangat-sangat mengambil berat dan prihatin, yang telah bersusah-payah memberikan saya didikan yang sempurna. Hanya ALlah sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik mereka kepada saya.

Ya ALlah, terangilah hati-hati kami dengan cahayaMu, supaya dapat dijadikan bekalan untuk kami mengumpul mutiara ilmuMu.
Di dalam kelas juga, kami diajar subjek Al-Qur'an. Mu'allimah (معلّمة) akan memperdengarkan cara bacaan surah, menerangkan hukum tajwid dan kemudian, kami dikehendaki memperdengarkan bacaan surah tersebut seorang demi seorang di hadapan kelas.
Mu'allimah akan membetulkan bacaan surah kami denga penuh sabar. Pada hari berikutnya, kami dikehendaki memperdengarkan bacaan surah tanpa melihat mushaf.
Ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan, satu laman, iaitu Islam Way, di mana rakan-rakan boleh mendapatkan rakaman-rakaman bacaan Al-Qur'an dari Imam-imam seperti Syeikh Ali Al-Huzaify, Syeikh Abdul Baset Abdul Samad, Syeikh Ibrahim al-Akhdhar, Syeikh Muhammad Jibreel, Syeikh Abdul Rahman Assudais, Syeikh Mishary Rashed Alafasy dan banyaaaaak lagi. Bagi yang boleh berbahasa Arab, anda boleh google saja طريق الإسلام. Sila layan diri anda ye. :) .

Moga ALlah mengurniakan kefahaman kepada kita semua dalam memahami mushafNya dan seterusnya membolehkan kita beramal dengan perintah yang diturunkan daripadaNya.
_____________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah
_____________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah
No comments:
Post a Comment