Categories

Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Tuesday, 26 June 2012

Madinah: Syoknya Puasa!

Nabi s.a.w. mengajar umatnya yang berbuka puasa untuk membaca doa :

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

Maksudnya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap pahalanya insyaALlah."

Kita digalakkan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma basah (rutob) atau tamar biasa.


Rutob yang mula dipetik pada awal musim panas
Bahawasanya Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. biasa berbuka dengan rutob (sejenis kurma yang basah) sebelum baginda bersolat. Sekiranya tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (jenis kurma yang kering). Dan sekiranya tidak ada tamar, maka baginda minum beberapa teguk daripada air.
Hadis Riwayat Ahmad No. 12676

Saya sangat-sangat menggemari rutob ini. Kebiasaannya, rutob ini disimpan di dalam tempat beku di dalam peti sejuk. Jadi, apabila masuk ke dalam mulut, rasanya sedikit seperti jeli, sejuk-sejuk basah apabila dimakan. Sungguh lazat!

Monday, 10 October 2011

Madinah : Masjid Nabawi


Haram? Kenapa pulaknya panggil tempat tuh Haram? Tempat tuh kan masjid, tempat beribadat.

Semasa baru tiba di Madinah, saya sedikit terkejut bila Abang mengatakan, penduduk Madinah memanggil Masjid Nabawi dengan panggilan Haram. Jadi, janganlah terkejut sekiranya anda terdengar perbualan penduduk Madinah yang berkisar tentang Haram. 

Haram (حرام) bermaksud haram atau tegahan (seperti yang kita fahami) dan juga bermaksud suci (حرم) jika disebut dengan tanpa alif.

Tapi, kenapa pulak jadi Haramain? Dua pulak tuh Haramnya.
"Mestilah dua, satu Masjidil Haram (Mekah), satu lagi Masjid Nabawi (Madinah)," jawab Abang sambil tersenyum.

"Ooooo, tapi apa pulak bezanya kalau kita solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan solat di masjid-masjid yang lain?" tanyaku lagi.