Categories

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, 26 June 2012

Madinah: Syoknya Puasa!

Nabi s.a.w. mengajar umatnya yang berbuka puasa untuk membaca doa :

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

Maksudnya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap pahalanya insyaALlah."

Kita digalakkan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma basah (rutob) atau tamar biasa.


Rutob yang mula dipetik pada awal musim panas
Bahawasanya Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. biasa berbuka dengan rutob (sejenis kurma yang basah) sebelum baginda bersolat. Sekiranya tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (jenis kurma yang kering). Dan sekiranya tidak ada tamar, maka baginda minum beberapa teguk daripada air.
Hadis Riwayat Ahmad No. 12676

Saya sangat-sangat menggemari rutob ini. Kebiasaannya, rutob ini disimpan di dalam tempat beku di dalam peti sejuk. Jadi, apabila masuk ke dalam mulut, rasanya sedikit seperti jeli, sejuk-sejuk basah apabila dimakan. Sungguh lazat!

Saturday, 1 October 2011

Haramain : Umrah

Teringat waktu pertama kali Abang mengajak saya untuk mengerjakan umrah.
Excited dan cuak dalam satu masa. Excited sebab dari kecil dah dengar dan belajar tentang Umrah dan Haji tapi dari kejauhan di Malaysia - mana ada peluang untuk beramali. Cuak! macamana lah pulak nak buat Umrah ni, buku silibus Form 5 mana lah pulak nak bawak datang sini!

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Kami akan bertolak ke Mekah selepas waktu Isya' menaiki bas syarikat SAPTCO (سبتكو)**. Pengangkutan ala-ala Plusliner/Transnasional.

**Orang Arab nih tak pandai sebut perkataan yang ada huruf P. Bunyinya jadi B. Contohnya Pepsi.
 "I want two Pepsi" jadinya "I want two Bebsi". Hehe, lawak jugak time dengar sorang makcik Saudi order air kat restoran.

"Abang, macamana nih, saya dah tak ingat cara nak buat umrah! Tak ada ke buku-buku rujukan?" kataku dengan gelisah dan cuak sesungguh-sungguh cuak. 

Tuesday, 27 September 2011

Madinah: Kem Anak Soleh 2011

Sekadar nak berkongsi dengan sesiapa yang berminat - sedikit gambar dan rakaman audio Kem Anak Soleh 2011 yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Madinah untuk anak-anak dari Yanbu'. Moga bermanfaat.

Saturday, 24 September 2011

Madinah : Hari Kebangsaan Arab Saudi ( يوم الوطن )

Abang cakap, hari Sabtu nih cuti umum. Eyh, cuti apa pulak nih?

Oooooo. Barulah tahu, Arab Saudi pon ada cuti Hari Kebangsaan atau dalam bahasa Arabnya يوم الوطن  (Yaumul Waton). Kata Abang, mungkin baru dalam 2-3 tahun je nampak depa sambut Hari Kebangsaan di Madinah atau lebih spesifiknya, hari pembentukan kerajaan Arab Saudi baru di bawah pimpinan Malik (Raja) Abdul Aziz.



Mana ye nak cari buku pasal pembentukan kerajaan Saudi nih ye? Kalau nak harap baca buku bahasa Arab, nak kena master bahasa Arab la dulu pulak. Tapi sedikit sebanyak yang lekat dari penerangan Abang dulu-dulu, kerajaan Arab Saudi pertama ni terbentuk ketika kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah menghampiri zaman kejatuhannya. 

Pada malam Hari Kebangsaan Arab Saudi, sempat juga merasa menumpang kambing** pakcik Arab Badwi.

Thursday, 15 September 2011

Menulis...

Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang pandai meluahkan idea melalui perasaan mahupun penulisan. Pernah pada suatu masa dahulu, saya di cubit di hadapan kelas disebabkan penulisan yang SANGAT teruk dalam bahasa Melayu. Malunya, memanglah tak dapat nak lupa sampai sekarang. Tetapi, selepas peristiwa kena cubit di hadapan rakan sekelas, saya mula membaca, dan alhamdulillah ada improvement. Tapi, bahasa pon taklah bagus sangat, sekejap bahasa Melayu, sekejap English, sekarang, nak kena belajar Arab la pulak. Hohoho.


Dengan terhasilnya blog ini, harapnya, dapatlah saya berkongsi sedikit sebanyak idea, pengalaman, pengetahuan di samping mengasah kembali bakat menulis yang sudah lama tertimbus sejak zaman SPM lagi. 

Blog nih bagus ke ye? Macamana nak tulis blog nih? Kepala masih pusing, blogging nih leceh juga ya sebenarnya, layout dan lain-lain lagi. Tapi, harapnya dapat memberikan manfaat kepada pembacanya, kalau tak banyak, biarlah sedikit. Aaamiiiin.
:)