Categories

Tuesday, 26 June 2012

Madinah: Syoknya Puasa!

Nabi s.a.w. mengajar umatnya yang berbuka puasa untuk membaca doa :

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

Maksudnya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah urat leher dan telah tetap pahalanya insyaALlah."

Kita digalakkan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma basah (rutob) atau tamar biasa.


Rutob yang mula dipetik pada awal musim panas
Bahawasanya Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. biasa berbuka dengan rutob (sejenis kurma yang basah) sebelum baginda bersolat. Sekiranya tidak ada rutob, maka baginda berbuka dengan tamar (jenis kurma yang kering). Dan sekiranya tidak ada tamar, maka baginda minum beberapa teguk daripada air.
Hadis Riwayat Ahmad No. 12676

Saya sangat-sangat menggemari rutob ini. Kebiasaannya, rutob ini disimpan di dalam tempat beku di dalam peti sejuk. Jadi, apabila masuk ke dalam mulut, rasanya sedikit seperti jeli, sejuk-sejuk basah apabila dimakan. Sungguh lazat!

Thursday, 21 June 2012

Santai : Apa itu Jawi?

Pada suatu ketika dahulu, negara kita mempunyai akhbar dalam bahasa Jawi, kalau tak silap saya, namanya Utusan Melayu. Namun, setelah zaman berlalu, kemungkinan kerana kekurangan pembacanya, saya pon tak pasti samada wujud lagi atau tidak akhbar tersebut.

Akhbar Utusan Melayu di dalam tulisan Jawi