Categories

Tuesday 31 January 2012

Jom Belajar : Bahasa Arab - اللغة العربية

"معك مدرسة" terdengar satu suara di hujung talian. (Ini panggilan dari sekolah).
Abang sedang sibuk tawar-menawar harga barang dengan pekedai.

Walaupun faham apa yang dipertuturkan, tetapi tak tahu bagaimana nak membalasnya.
"Alamak! Kejap-kejap," terus terpacul ayat itu dari mulut saya tanpa berfikir panjang. Mesti pening Makcik Arab yang menelefon.

Telefon terus  saya hulurkan pada Abang. Panggilan telefon dari sekolah, katanya saya boleh bermula sekolah pada esok hari! Saya perlu sampai ke pejabat pada pukul 7.15 pagi. Persekolahan berlangsung hingga pukul 12 tengah hari. Awalnya nak kena sampai sekolah.





Maka bermulalah pengajian sekolah di bumi Madinah al-Munawwarah ini pada 6 Rabi'ulAwal 1433 (29 Januari 2012). Boleh tahan cara Arab nih, esok nak kena masuk sekolah, hari nih baru telefon. Tapi, apa-apa pon, saya bersyukur kepadaNya, kerana diterima masuk untuk belajar di sekolah.

Sesampainya ke sekolah, disebabkan terlewat, saya terus meluru ke pejabat, tetapi sedikit hampa, pejabat sekolah masih bertutup.
Tepat jam 7.30 pagi barulah pegawai pejabat tiba. Salah seorang pegawai memanggil-manggil nama dan membahagikan pelajar-pelajar baru ke dalam kelas masing-masing. Saya ditempatkan ke dalam تأسيسي ب (Kelas Asasi B) mungkin kerana tidak langsung boleh berbahasa Arab.

"..... فوق ...." pegawai tersebut menerangkan kedudukan kelas saya sambil tangannya bergerak-gerak menunjukkan arah. Malangnya, saya hanya faham perkataan فوق (atas)saja. Muka saya blur. Terpaksalah saya tunggu semua nama dipanggil dan bergerak bersama-sama pelajar baru yang lain.






Di dalam kelas, معلمة طيبة (Cikgu Toibah) memulakan pelajaran Bahasa Arab dengan الحوار (conversation).
Cikgu Toibah : انظري واستمعي فقط (Lihat dan dengar sahaja) sambil menerangkan menggunakan pergerakan tangan supaya pelajar hanya lihat dan dengar semata-mata.

Cikgu Toibah pon memulakan bacaan الحوار di hadapan kelas. Tiba-tiba terdengar satu suara mengikut bacaan Cikgu Toibah sehinggakan apabila Cikgu Toibah mengatakan jangan baca sekalipun, pelajar tersebut masih mengikut apa yang disebut oleh guru tersebut.

Cikgu Toibah : لا تقرئي. انظري واستمعي فقط (Jangan baca. Lihat dan dengar sahaja)
Pelajar A       : لا تقر ئي انظري(Jangan baca. Lihat )

Hehehehe. Habis satu kelas ketawa. Rakan-rakan dari negara yang sama kemudian menerangkan apa yang diperkatakan oleh Cikgu sebentar tadi. Tersipu-sipu malu Pelajar A sebentar tadi.

Saya sangat suka cara pengajaran Cikgu Toibah. Beliau bercakap dalam bahasa Arab sepenuhnya. Jika ada perkataan / bahagian yang tidak pelajar fahami, beliau akan menerangkan melalui contoh, dalam bahasa Arab juga. Situasi ini mengingatkan saya pada Ustazah Siti Esah, guru bahasa Arab saya ketika di bangku sekolah. Ustazah meWAJIBkan semua orang berbahasa Arab ketika mata pelajarannya. Ayat favorite mestilah
" أنا أريد إلى دورة المية" (Saya mahu ke tandas). Selagi tak cakap dalam bahasa Arab, jika mahu ke tandas, silalah terkucil di dalam kelas ye! Habis satu kelas hafal ayat tuh. Saya juga semestinya tidak terlepas. Ayat tuh dikira jurus hikmat penyelamat ketika kecemasan.

Kebanyakan pelajar berasal dari negara Russia. Ada juga yang datang dari Albania, Afrika, France, Kosovo dan China. Di dalam kelas saya, hanya saya seorang sahaja berasal dari Malaysia. Oh! Sebelum terlupa, pembelajaran saya di sekolah adalah percuma! Bagi yang tiada pengangkutan, perkhidmatan bas percuma juga disediakan. MasyaALlah, saya sangat kagum dengan kemudahan yang disediakan oleh badan NGO di Arab Saudi ini.

Pembelajaran di sini sangat menarik! Sebaik sahaja masuk ke kawasan sekolah, pelajar dikehendaki membuka abaya/jubah hitam masing-masing. Di luar kawasan sekolah, masing-masing menutup aurat dengan berabaya hitam.

Tetapi lain pulak situasinya di dalam sekolah, masih menutup aurat, akan tetapi bebas untuk berfashion. Pelajar dikehendaki memakai kain/skirt labuh beserta baju putih berlengan panjang. Siapa kata perempuan-perempuan di Arab Saudi ditindas dan tiada kebebasan berpakaian? Sesungguhnya hak dan kehormatan mereka terjaga. Nak berhias ke, nak bersolek ke, nak free hair ke, nak set rambut ke, semua boleh. Tetapi, semua itu hanya boleh dilihat oleh perempuan sahaja. Yes, PEREMPUAN SAHAJA! Jadi, tak ada masalah untuk mengikut trend fashion terkini, asalkan bertempat.

Pada hari kedua saya ke sekolah, guru menyuruh pelajar-pelajar menanggalkan abaya masing-masing. Akan tetapi, disebabkan saya memakai baju kurung putih, jadi saya buat-buat blur ajela. Hehe, konon-konon tak paham apa Cikgu cakap. Mana pulak la nak cari baju putih nih!

Cuma kadang-kadang tuh, ada la jugak terfikir. Agaknya memang budaya masyarakat lain, berhias habis-habisan di rumah. Tetapi sayangnya, budaya macam nih, tak ada pulak pada masyarakat Melayu. Kita lagi selesa untuk memakai baju kelawar di rumah. Memanglah selesa, berangin. Tapi, kalau berhias pada tempatnya, juga tak salah kan?

Walaupun tiada kaitan, marilah kita bersama-sama layannnzzzz Upin Ipin versi bahasa Arab sambil belajar bahasa ye!



_____________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah 



No comments:

Post a Comment