Categories

Thursday 21 June 2012

Santai : Apa itu Jawi?

Pada suatu ketika dahulu, negara kita mempunyai akhbar dalam bahasa Jawi, kalau tak silap saya, namanya Utusan Melayu. Namun, setelah zaman berlalu, kemungkinan kerana kekurangan pembacanya, saya pon tak pasti samada wujud lagi atau tidak akhbar tersebut.

Akhbar Utusan Melayu di dalam tulisan Jawi


Masih teringat lagi pada ketika itu, jika pulang ke kampung, kami, adik-beradik dan sepupu, akan bergilir-gilir, membaca artikel di dalam akhbar, kerana ianya di dalam tulisan Jawi. Apa nak buat, terpaksalah!

Dah Tok Abah langgan surat khabar jenis tu saja. Nak baca artikel kecil pon ambil masa hampir setengah jam, inikan pula intisari rancangan! Hehe.

Apa-apa pon, saya berterima kasih kepada arwah Tok Abah kerana melanggan akhbar  Utusan Melayu. Jika tidak, agaknya sampai sekarang, saya masih tak pandai menulis di dalam tulisan Jawi.

Saya tertarik kepada satu komik yang tertera di 'news feed'  Mukabuku saya.

Apa macam? Anda boleh baca?
Agak-agaknya, ada tak di antara kita yang boleh membaca komik di atas?

Abjad Jawi beserta tanda (tambahan dari huruf Arab)


Huruf Jawi berasal daripada huruf-huruf Hija'iyyah Arab. Saya pon tak berapa pasti bagaimana perkembangannya ke tanah Melayu, mungkin dibawa bersama pedagang-pedagang Arab ketika berdagang di Tanah Melayu.

Yang pastinya, saya sangat-sangat bersyukur kerana pernah mempelajari tulisan Jawi, kerana tanpa tulisan Jawi, mungkin sedikit sukar bagi saya untuk belajar membaca al-Qur'an (walaupun tidak memahaminya).
__________________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah

No comments:

Post a Comment