Teringat waktu pertama kali Abang mengajak saya untuk mengerjakan umrah.
Excited dan cuak dalam satu masa. Excited sebab dari kecil dah dengar dan belajar tentang Umrah dan Haji tapi dari kejauhan di Malaysia - mana ada peluang untuk beramali. Cuak! macamana lah pulak nak buat Umrah ni, buku silibus Form 5 mana lah pulak nak bawak datang sini!

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Kami akan bertolak ke Mekah selepas waktu Isya' menaiki bas syarikat SAPTCO (سبتكو)**. Pengangkutan ala-ala Plusliner/Transnasional.
**Orang Arab nih tak pandai sebut perkataan yang ada huruf P. Bunyinya jadi B. Contohnya Pepsi.
"I want two Pepsi" jadinya "I want two Bebsi". Hehe, lawak jugak time dengar sorang makcik Saudi order air kat restoran.
"Abang, macamana nih, saya dah tak ingat cara nak buat umrah! Tak ada ke buku-buku rujukan?" kataku dengan gelisah dan cuak sesungguh-sungguh cuak.
Abang berkata dengan senyuman tiap kali saya mengulang soalan yang sama dari pagi, "Takpa, nanti dalam bas, Abang terang dalam masa 5 minit je." Kata-kata itu menyebabkan aku sungguh gelabah biawak.
Zaman sekolah dulu, walaupun subjek agama bukanlah satu masalah yang besar dalam pelajaran, tetapi topik Umrah dan Haji selalu menyebabkan saya pening kepala dan confuse. Adoyai! Macamana nak absorb penerangan Abang yang 5 minit tuh???!!!
Masjidil Haram dari pintu(Bab) As-Salaam
Rukun-rukun Umrah :
- Niat
- Tawaf Kaabah sebanyak 7 pusingan
- Sai'e 7 pusingan
- Bertahallul
- Tertib
Penerangan Abang di dalam bas menyebabkan bunyi macam senang nak buat umrah. Bunyi je baru senang, hati masih berdebar-debar.
Abang menambah, "Umrah ni, niat, tawaf, sai'e dan bertahallul. Yang lebih penting, ALlah nak tengok sejauh mana pengHAMBAan kita, ALlah nak dengar doa-doa kita. Jadi, banyak-banyakkan berdoa. Semua tempat dalam ibadah umrah nih baik untuk berdoa."
Niat:
Bas سبتكو yang kami naiki singgah di miqat (untuk orang yang bertolak dari Madinah) - Dzulhulaifah / Bi'ru 'Ali. Ahah! Nama tempat macam pernah belajar.
"Errrr, Abang, talbiah tuh apa?" keluar soalan KBKK dari saya. Hmmm, dok selalu tengok kat tv pon masih tak tahu talbiah tuh apa.
Kami menyahut seruan-Mu ya ALlah, Kami menyahut seruan-Mu | Kami menyahu seruan-Mu, Tiada sekutu bagi-Mu, Kami menyahut seruan-Mu | Sesunggunya segala pujian dan segala nikmat hanyalah bagi-Mu dan juga segala kerajaan | Tiada sekutu bagi-Mu
Tawaf:
Tawaf mesti dilakukan dalam 7 pusingan. Tapi, kepala pusing, dekat mana nak mula? Rupa-rupanya, dah ada penanda di kawasan tawaf - ada tanda macam lampu isyarat HIJAU bertentang dengan satu penjuru Kaa'bah (Hajar al-Aswad). Tawaf mestilah dilakukan dalam keadaan berwudhu'.
Selesai tawaf, disunatkan untuk solat sunat 2 rakaat di kawasan belakang Maqam** Nabi Ibrahim. Kemudian, disunatkan juga minum zam-zam sehingga kenyang sebelum meneruskan sai'e.
**"Abang, kata Maqam Nabi Ibrahim, kenapa kubur dia tinggi?" soalan KBKK keluar lagi.
"Maqam nih bukan kubur, itu batu tempat Nabi Ibrahim berpijak ketika membina Kaa'bah."
Note : Dalam bahasa Arab, مقام membawa maksud tempat berdiri.
Sai'e juga dilakukan sebanyak 7 pusingan. Bagi melakukan Sai'e, tidaklah WAJIB bagi seseorang itu dalam keadaan berwudhu'. Note: Safa ke Marwah (1 pusingan), Marwah ke Safa (1 pusingan). Abang berpesan, "Kalau dah kira 7 pusingan tuh, tapi berakhir kat bukit Safa, maknanya salah kira la tuh."
Saya ingatkan ibadah tawaf ni la susah, sebab nak kena pusing Kaa'bah dengan ramainya orang. Rupa-rupanya, ibadah Sai'e lagi menguji kekuatan kaki. Nampak je jalan straight, ditambah lagi dengan keletihan menaiki bas 6 jam dari Madinah, macam rasa nak tercabut jugalah kepala lutut ni.
Bertahallul beerti keluar daripada pantang larang ihram dengan bercukur atau menggunting rambut. Nabi s.a.w. mendoakan tiga kali rahmat bagi orang yang bercukur berbanding mereka yang hanya menggunting rambut.
Masjid Miqat di Dzulhulaifah / Bi'ru 'Ali
Setelah bas mula bertolak, Abang mengatakan bahawa sunat melafazkan niat untuk mengerjakan umrah, kemudian sunat juga mengucapkan talbiah di sepanjang perjalanan hinggalah nampak Kaa'bah. "Errrr, Abang, talbiah tuh apa?" keluar soalan KBKK dari saya. Hmmm, dok selalu tengok kat tv pon masih tak tahu talbiah tuh apa.
لبيك اللهم لبيك | لبيك لا شريك لك لبيك | إن الحمد والنعمة لك والملك | لاشريك لك
Kami menyahut seruan-Mu ya ALlah, Kami menyahut seruan-Mu | Kami menyahu seruan-Mu, Tiada sekutu bagi-Mu, Kami menyahut seruan-Mu | Sesunggunya segala pujian dan segala nikmat hanyalah bagi-Mu dan juga segala kerajaan | Tiada sekutu bagi-Mu
Tawaf:
Tawaf mesti dilakukan dalam 7 pusingan. Tapi, kepala pusing, dekat mana nak mula? Rupa-rupanya, dah ada penanda di kawasan tawaf - ada tanda macam lampu isyarat HIJAU bertentang dengan satu penjuru Kaa'bah (Hajar al-Aswad). Tawaf mestilah dilakukan dalam keadaan berwudhu'.
Selesai tawaf, disunatkan untuk solat sunat 2 rakaat di kawasan belakang Maqam** Nabi Ibrahim. Kemudian, disunatkan juga minum zam-zam sehingga kenyang sebelum meneruskan sai'e.
**"Abang, kata Maqam Nabi Ibrahim, kenapa kubur dia tinggi?" soalan KBKK keluar lagi.
"Maqam nih bukan kubur, itu batu tempat Nabi Ibrahim berpijak ketika membina Kaa'bah."
Note : Dalam bahasa Arab, مقام membawa maksud tempat berdiri.
Kaa'bah
Sai'e:Sai'e juga dilakukan sebanyak 7 pusingan. Bagi melakukan Sai'e, tidaklah WAJIB bagi seseorang itu dalam keadaan berwudhu'. Note: Safa ke Marwah (1 pusingan), Marwah ke Safa (1 pusingan). Abang berpesan, "Kalau dah kira 7 pusingan tuh, tapi berakhir kat bukit Safa, maknanya salah kira la tuh."
Saya ingatkan ibadah tawaf ni la susah, sebab nak kena pusing Kaa'bah dengan ramainya orang. Rupa-rupanya, ibadah Sai'e lagi menguji kekuatan kaki. Nampak je jalan straight, ditambah lagi dengan keletihan menaiki bas 6 jam dari Madinah, macam rasa nak tercabut jugalah kepala lutut ni.
Sai'e di antara Safa dan Marwah
Bertahallul:Bertahallul beerti keluar daripada pantang larang ihram dengan bercukur atau menggunting rambut. Nabi s.a.w. mendoakan tiga kali rahmat bagi orang yang bercukur berbanding mereka yang hanya menggunting rambut.
Bercukur
Bagi yang perempuan, cukuplah sekadar menggunting rambut. Tak payah la pula nak botakkan kepala macam yang lelaki pulak ye !
Satu lagi perkara penting yang Abang pesan berulang kali,"Bagi yang perempuan tuh, eloklah bertahallul di dalam (حمام) toilet perempuan, supaya aurat terjaga. Manalah tahu, sedang kita sibuk menyelak tudung, nak cepat-cepat selesaikan ibadah bercukur, kita dengan tak sengaja menampakkan rambut kepada yang bukan muhrim. Kan ramai orang kat situ."
Tak terfikir pulak yang sifat terburu-buru nak selesaikan satu ibadah, menyebabkan kita terlupa bahawa aurat perempuan itu masih perlu dijaga. Kan lagi baik kalau jalan saja lagi sedikit ke bilik air atau hotel bagi menyelesaikan ibadah bertahallul?
Baru-baru ini, saya mendapat pengalaman baru dalam mengerjakan ibadah umrah. Di atas sebab keuzuran, ALlah kurniakan dengan nikmat ditolak atas kerusi roda oleh insan tersayang. Seronok ke naik kerusi roda? Tak adalah seronok sangat, macam nak bergegar otak pon ada jugak bila bergerak di atas lantai yang tak rata. Disebabkan jemaah umrah yang tidak ramai, dapatlah juga merasa beristilam (menyentuh/menyapu rukun Yamani). Alhamdulillah di atas nikmat-Mu yang tidak terkata.
Bagi di luar sana yang berdebar-debar nak melakukan umrah, moga ALlah permudahkan urusan kalian, insyaALlah. Kalau habis-habis tak tahu nak baca doa apa, jangan risau, doalah dari hati yang tulus ikhlas kepada-Nya. Taqabbalallahu minna wa minkum. Moga ALlah menerima segala ibadah kita.
_____________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah

nadia..rindu nya kami nkp jd tetamu allah..bertuahnya ampa dpt selalu jd tetamuNya..moga cepat sihat tau..tersentuh tgk gmbq ampa atas kerusi roda tu..sampaikan slm kpd rasulallah dan para sahabat kalau ampa p ziarah..assalamualaikum..
ReplyDelete:), doakan kami ye. mau dapat baby cumel dan sihat cam hakim. insyaALlah, ada rezeki hgpa tak lama lagi tuh, dapat datang dgn family sendiri :D
ReplyDelete