Categories

Tuesday, 14 February 2012

Jom Belajar : Alif, Baa, Taa: ا, ب, ت...

القاعدة نورانية
Apa benda tuh? Kaedah apa benda la pulak nih? Haaaa, nih la salah satu subjek yang saya kena belajar dekat sekolah baru saya. Ianya adalah kaedah mempelajari sebutan, bacaan huruf dan tajwid secara praktikal. Menurut sumber  dari  القاعدة نورانية , kaedah ini mula tersebar dari India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Sri Langka, Nepal, Afrika Selatan dan negara-negara Muslim yang lain. Kaedah ini mula berkembang ke negara-negara Arab sejak tahun 1419.

Kitab القاعدة نورانية

Dalam banyak-banyak benda, saya sangat-sangatlah tidak menjangkakan bahawa, dengan memasuki kembali alam persekolahan di bumi Madinah ini, saya akan disuruh untuk belajar kembali Alif, Baa, Taa.....! Sedikit sebanyak, tidak dapat saya nafikan yang saya rasa malas! Walaupun pada hakikatnya, banyak jugak sebenarnya sebutan huruf saya yang tidak betul. Jadi, takkan saya mahu terus-menerus membaca ayat-ayat suci ALlah dengan sebutan yang salah? Tambahan pula, pembelajaran saya di sekolah tidak memerlukan satu sen pon dari poket suami. Ianya  PERCUMA!  Ya, PERCUMA! 

Tuesday, 31 January 2012

Jom Belajar : Bahasa Arab - اللغة العربية

"معك مدرسة" terdengar satu suara di hujung talian. (Ini panggilan dari sekolah).
Abang sedang sibuk tawar-menawar harga barang dengan pekedai.

Walaupun faham apa yang dipertuturkan, tetapi tak tahu bagaimana nak membalasnya.
"Alamak! Kejap-kejap," terus terpacul ayat itu dari mulut saya tanpa berfikir panjang. Mesti pening Makcik Arab yang menelefon.

Telefon terus  saya hulurkan pada Abang. Panggilan telefon dari sekolah, katanya saya boleh bermula sekolah pada esok hari! Saya perlu sampai ke pejabat pada pukul 7.15 pagi. Persekolahan berlangsung hingga pukul 12 tengah hari. Awalnya nak kena sampai sekolah.



Sunday, 11 December 2011

Santai : Kisah-kisah Teladan Zaman Dahulu

Teringat zaman-zaman sewaktu sekolah rendah, dalam tahun 90-an, hikayat-hikayat Sang Kancil nih memanglah sangat banyak ditayangkan di TV. Sekadar mengimbas kembali....

Hikayat Sang Kancil & Buaya

Satu, dua, tiga, lekuk. Jantan betina, aku ketuk.


 
Kerbau : Toloooonngg! Toloooonngg! 

Monday, 10 October 2011

Madinah : Masjid Nabawi


Haram? Kenapa pulaknya panggil tempat tuh Haram? Tempat tuh kan masjid, tempat beribadat.

Semasa baru tiba di Madinah, saya sedikit terkejut bila Abang mengatakan, penduduk Madinah memanggil Masjid Nabawi dengan panggilan Haram. Jadi, janganlah terkejut sekiranya anda terdengar perbualan penduduk Madinah yang berkisar tentang Haram

Haram (حرام) bermaksud haram atau tegahan (seperti yang kita fahami) dan juga bermaksud suci (حرم) jika disebut dengan tanpa alif.

Tapi, kenapa pulak jadi Haramain? Dua pulak tuh Haramnya.
"Mestilah dua, satu Masjidil Haram (Mekah), satu lagi Masjid Nabawi (Madinah)," jawab Abang sambil tersenyum.

"Ooooo, tapi apa pulak bezanya kalau kita solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan solat di masjid-masjid yang lain?" tanyaku lagi.

Saturday, 1 October 2011

Haramain : Umrah

Teringat waktu pertama kali Abang mengajak saya untuk mengerjakan umrah.
Excited dan cuak dalam satu masa. Excited sebab dari kecil dah dengar dan belajar tentang Umrah dan Haji tapi dari kejauhan di Malaysia - mana ada peluang untuk beramali. Cuak! macamana lah pulak nak buat Umrah ni, buku silibus Form 5 mana lah pulak nak bawak datang sini!

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Kami akan bertolak ke Mekah selepas waktu Isya' menaiki bas syarikat SAPTCO (سبتكو)**. Pengangkutan ala-ala Plusliner/Transnasional.

**Orang Arab nih tak pandai sebut perkataan yang ada huruf P. Bunyinya jadi B. Contohnya Pepsi.
 "I want two Pepsi" jadinya "I want two Bebsi". Hehe, lawak jugak time dengar sorang makcik Saudi order air kat restoran.

"Abang, macamana nih, saya dah tak ingat cara nak buat umrah! Tak ada ke buku-buku rujukan?" kataku dengan gelisah dan cuak sesungguh-sungguh cuak.