Categories

Tuesday 20 March 2012

It's all about Food : Badak Ball bukan Tujuh Bijik Semuanya....


Waktu balik cuti raya harituh, sempat la belajar buat cucur badak dengan emak di rumah. Dah sebut beberapa kali kat Abang, nak cuba buat coq badak. Cuma tak ada masa dan kesempatan untuk cuba buat.

Disebabkan tak ada kelas semalam, jadi, Abang pon membeli ubi keledek putih yang dijual di hadapan masjid. Boleh tahan, sekotak dalam SAR10 (duit Malaysia mungkin dalam RM8). Mahal ke tak, tak tahulaaaa, selalu, emak kat rumah yang dok membeli.

Aku tak paham kenapa cucoq nak pakai nama aku?




Ingatkan susah nak buat cucoq badak, tak la susah mana, cuma memerlukan masa dan kesabaran untuk menguli dan mengepal-ngepal menjadi bola-bola ala-ala Dragon Ball, tapi nih BADAK Ball. Kalau di Malaysia, ada potensi untuk bernama Badak Tunjuk sebab badak jenis nih, jenis boleh dapat bila ditunjuk-tunjuk dan dibayar sejumlah wang. 

Alhamdulillah, boleh dihidangkan bersama teh untuk minum petang atau makan je suka-suka hati waktu bila mau makan.

Thanks Chef Yah for the recipe. Taktau la durhaka kat resepi lagi ke tak.

Ubi keledek putih yang segar dari ladang

Inti untuk badak perantau

Siapa kata badak ball ada 7 biji semuanya??? Mungkin lebih....

Badak ball telah bertukar menjadi badak goreng - tinggal AMPAT biji sahaja

_____________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah

No comments:

Post a Comment