Categories

Monday 19 March 2012

Jom Belajar: Ke Mana Hilangnya Sesungut???

SEMUT


Semut ialah sejenis serangga yang mempunyai sesungut. Terdapat 3 bahagian pada seekor semut - kepala, torraks dan abdomen. Bahagian kepala : mata dan sesungut. Menarik pula kalau dapat baca tentang SEMUT.

Semut berkomunikasi dengan semut yang lain dengan menggosokkan sesungutnya apabila bertembung dengan semut yang lain. SubhanALlah, sangat-sangat agung dan kompleks, jika diteliti ciptaanNya. 

Cuba bayangkan, jika sesungut semut tercabut? Apa akan jadi? Mungkinkah semut-semut ini akan berjalan tak tentu arah macam SEMUT gila yang disebut di dalam artikel tersebut? Mungkin juga semut ini menggunakan sesungutnya untuk mengesan arah pulang ke sarangnya.


Saya kagum melihat video tentang kerajaan semut. SubhanaALlah...

SEKOLAH DAN CUTI

Mulai minggu ini, kelas saya bermula pada pukul 7.30 pagi. Saya tiba di sekolah sekitar 7.25 pagi. Setibanya di sekolah, saya berjalan menuju ke pintu bangunan kelas. Ramai daripada rakan-rakan sekelas saya dan rakan-rakan daripada kelas yang lain berkumpul di luar kelas.

Saya berasa pelik, "Why didn't you go inside? Don't we have class today?" tanya saya kepada seorang rakan kelas dari Guinea.
Jawabnya, "We have to wait outside."

Pada hari berikutnya, terdapat seorang pelajar yang ditugaskan untuk menjaga pintu (ala-ala pengawas gitu).
Saya masih tidak berpuas hati, dan bertanya pula kepada rakan daripada مستوى الرّابع (Tahap 4). Jawabnya, "I'm not sure why, and I don't see the hikmah behind it. It's cold, but we're not allowed to enter the building." sambil menggelengkan kepalanya.


Pada keesokan harinya pula, tiada penjaga pintu! Kebetulan, saya mempunyai tugas yang sangat urgent - حمّام (tandas). Saya pon dengan lajunya, menuju ke kelas, dan menyerbu masuk ke dalam حمّام setelah meninggalkan beg di dalam kelas.

Cadangnya, selepas ke tandas, mahu turun ke bawah dan menunggu bersama rakan-rakan yang lain.

Ketika saya sibuk mengambil jacket untuk turun ke bawah, tiba-tiba, muncul kelibat yang jarang dilihat di muka pintu sambil mencekak pinggang.

"Kenapa kamu di kelas? Kamu ada dengar bunyi loceng? Kenapa naik ke kelas?" tanya guru itu bertubi-tubi.

"Maaf cikgu, saya hamil. Di luar sangat sejuk hari ini," jawab seorang rakan saya yang hamil.

"Kenapa kamu tidak beritahu saya awal-awal? Tulis nama kamu dan sign di sini," ujar cikgu tersebut.

Saya pon menyatakan hal sebenar kepada guru tersebut, "Maaf cikgu, saya ke tandas."

Cikgu tersebut dengan marahnya, "Kenapa tak pergi ke tandas bawah? Tulis nama kamu dan sign di sini."

Aiiiiyyyaaaarkkk! Beberapa rakan lain juga diambil nama mereka dan diberi amaran agar menunggu bunyi loceng sebelum masuk ke kelas, walaupun pada HARI SEJUK!

Hingga sekarang, saya tidak nampak tujuan membiarkan pelajar di luar kelas sehingga bunyi loceng. Tambahan pula, Madinah sekarang didatangi kembali cuaca yang sangat sejuk.

Rasa dilayan seperti kanak-kanak sekolah rendah. Siap diambil nama lagi. Tapi, layankan saja, janji datang sekolah dan dapat belajar. Cuma, timbul sedikit perasaan agak kecewa, agaknya, di manakah common sense yang dikurniakanNya? Rasa macam semut yang hampir-hampir patah sesungutnya. Ilmu punya pasal, laaaayaaaaan.

Pada hari berikutnya, saya tiba di sekolah pada pukul 7.15 pagi. Dalam hati, "Habislah, hari nih super duper sejuk, kena tunggu luar bangunan pulak. Adoyai!"

Setelah menunggu hampir 15 minit, guru disiplin yang sama pon tiba ke sekolah. Patutlah loceng sekolah tak bunyi-bunyi.
"يا أخوات, اليوم لا توجد مدرسة. الجوّ ليس جيّد "
"Ya akhawat! Hari nih tak ada persekolahan. Cuaca hari ini tidak bagus!" kata guru tersebut.

Ahah! Apa lagi, terpaksalah (konon) diminta Abang berpatah balik dan menjemput saya pulang.

Dalam perjalanan pulang, terdengar pengumuman daripada pelajar di Mekah di dalam radio, bahawa hari ini sekolah dibatalkan kerana cuaca sejuk. Mungkin juga disebabkan ribut pasir yang berlaku semalam.



Jika di negara bersalji, kelas tidak akan dibatalkan, melainkan salji turun dengan sangat-sangat lebatnya, sehingga tidak memungkinkan pelajar dan guru untuk  sampai ke kelas.

Kelas masih juga diteruskan dalam cuaca sejuk, mungkin disebabkan sistem bangunan dilengkapi dengan  alat pemanas. Bangunan di sini, tiada pemanas, hanya dilengkapi dengan air-conditioner. Tetapi masalah besar mungkin bukan disebabkan cuaca sejuk sahaja, ribut pasir menyebabkan udara di sini tidak bersih dan berpasir. Cuaca berkabus. Untuk mengelakkan masalah kesihatan, seeloknya tidak dinasihatkan untuk keluar berlegar.


Masih teringat lagi peristiwa kebakaran fakulti sekolah saya, kami diberi cuti 2 minggu! Bukan sekadar kebakaran, kalau tidak silap, meletup terus. Bukan sahaja kelas dibatalkan, lab yang memeningkan juga dibatalkan. 



Kesimpulannya, hari ini cuti! Saya tidak tahu kenapa, tapi saya rasa HOOOORRRAAAAAYYYY!!!


_____________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah

No comments:

Post a Comment