Categories

Thursday 15 March 2012

Jom Belajar : Berkatalah yang baik.....

Nabi s.a.w. adalah sebaik-baik contoh dalam bertutur. Memang tidak dapat dinafikan, menjaga pertuturan adalah suatu perkara yang selalunya diambil remeh. Namun begitu, sikap menjaga lidah dan pertuturan adalah sesuatu yang dapat dipupuk.


ALlah s.w.t. berfirman:-

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia" Al-Isra' (53)


MAHU JADI PANDAI VS PERASAN PANDAI


Pada suatu hari di sekolah...

Mu'allimah menyuruh seorang pelajar membacakan ayat al-Qur'an dari juzuk 'Amma.

Pelajar A : ...........(terdapat kesalahan yang sangat banyak pada bacaan al-Qur'an)

Pelajar  JK dan L : Ketawa terkekek-kekek.

Perkara yang sama berulang beberapa minit.

Pelajar M : Ya Mu'allimah, aku tak suka macam nih. Ini ayat-ayat ALlah. Semua orang dilahirkan untuk belajar, betul? Jadi, sekiranya terdapat kesalahan, walaupun dalam bacaan ayat-ayat ALlah, kita mesti hormat. 

Mu'allimah yang sebenarnya bersabar sejak awal melihat keletah pelajar-pelajar JK dan L yang mentertawakan pelajar A tadi pon bersuara.

"Ya akhawat (saudara-saudara perempuanku), kenapa kamu ketawakan pelajar A. Kenapa kamu datang ke sekolah? Untuk belajar bukan? Jika kamu datang ke sekolah dan kamu dah pandai, kamu sepatutnya berada di hadapan sebagai Mu'allimah, bukan sebagai pelajar!"

Pelajar JK dan L masih tersengih-sengih.

"Saya tahu, kamu mentertawakan pelajar A, banyak bacaannya yang salah. Walaupun pada pandangan kamu, Si pelajar A nih nampak tak pandai membaca al-Qur'an, saya yakin, di sisi ALlah, darjatnya sangat-sangat tinggi berbanding, kamu, kamu, atau setiap dari kamu. Kamu tahu kenapa? Kerana dia tidak malu untuk belajar, dia datang sekolah untuk belajar. Kalau kamu dah pandai, dan rasa tidak perlu belajar, jangan datang ke sekolah!"

Masing-masing terdiam.  

"Itulaaa, jangan suka selalu ketawakan orang...."

YES! Memang kita pergi ke sekolah untuk belajar. 

Bagi saya, tidak wajarlah untuk kita mentertawakan orang lain. Apalah jika nak dibandingkan ilmu yang kita ada ini, dengan ilmu milik ALlah. 

Tidak malukah kita berjalan di muka bumi ALlah ini, dengan membongkak diri, sedangkan semuanya hanya pinjaman dari-Nya semata-mata?

Sekiranya kita bijak sekalipun, semuanya bukan milik kita. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?



MENGAMBIL BERAT VS MENYIBUK

Si A baru sahaja membeli 10 biji epal.

Si X dapat tahu Si A baru sahaja membeli sebiji epal.
Si X dengan 'mengambil berat'nya pergi bertanya pada Si A. "Berapa biji epal kau beli? Berapa harga epal kau? Memang kau pergi situ nak beli epal saja ka? Kenapa kau tak bagitau aku kau nak ke sana beli epal?" dan seterusnya soalan-soalan 'mengambil berat' ditanyakan kepada Si X.
Si A pon menjawab la apa yang patut dengan menjaga hak dirinya (privacy).

Si X berjumpa dengan kawan-kawannya,   OP dan Q.
"Korang tahu tak, A beli 10 biji epal, cantik, baru, dan berkhasiat epal tuh. Dahla dapat beli dengan harga murah, RM 65 je. A pergi kedai senyap-senyap tak bagitau aku plak tuh.". Si mengulas dengan menambah perisa ajinomoto sekandaq!

 O berjumpa dengan R. "A beli epal 100 biji, harga murah, RM65 je."
 P berjumpa dengan S. "A beli epal, cantik, warna merah dan hijau. Pergi beli epal tak announce pon kat kita".
  Q berjumpa T. "A beli epal, cantik, warna merah. Harga 100 biji, RM6.50 je!"

Maka tersebarlah perkara yang tidak betul berkenaan Si A kepada rakan-rakannya yang lain.

Bukankah ianya sudah menjadi FITNAH?  Bukankah disebut dalam al-Qur'an, bahawa "...FITNAH itu lebih besar bahanya daripada PEMBUNUHAN...." (al-Baqarah:191) ?

Bukankah lebih baik, Si X mengucapkan "MasyaALlah, TabaarakALlah" kepada Si  A

Bukankah lebih baik Si   OP dan Q  mendengar sendiri cerita Si  A , dan tidak menyebarkan berita palsu tentangnya? 

Layakkah Si X, O, P dan Q untuk memarahi Si A, jika tidak memberitahu bahawa dirinya ke kedai. Jika sekiranya kita tidak mampu ke kedai, lebih baik berdiam diri. Dan, jika mampu ke kedai, apa salahnya kita juga ke kedai dan membeli epal, dari bercakap-cakap hal orang lain dengan tidak mendapat apa-apa faedah melainkan dosa semata-mata?

Bukankah kita dianjurkan untuk bertutur perkataan-perkataan yang baik?



Peringatan tentang betapa pentingnya menjaga pertuturan kita dapat kita lihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Muadz.

Nabi s.a.w. bersabda, "Mahukah aku memberitahumu, apa yang dapat menjaga kesemua amalan-amalan (yang baik) ini?"
Kata Muadz, "Sudah tentu, ya Rasulullah s.a.w."
Lalu Nabi s.a.w. memegang lidah Baginda dan bersabda : "Hendaklah kamu menjaga ini (lidah)."
Kata Muadz, "Wahai Nabi ALlah, adakah setiap perkataan kita akan dinilai?"
Sabda Nabi s.a.w., "Celakalah ibumu, bukankah manusia dihumbankan ke dalam api neraka di atas wajah-wajah mereka disebabkan (dosa) lidah-lidah mereka?"
Hadis Riwayat at-Tirmizi, Hassan Sahih. 

Mungkin disebabkan itulah pepatah Melayu menyebut,  "Sebab pulut, santan binasa. Sebab MULUT, badan binasa".


Kesimpulannya, berhentilah dari menyakiti saudara-saudara kita dan marilah kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.



_____________________________________________________________________
ninutdearies
Madinah al-Munawwarah

No comments:

Post a Comment